2011 sudah semakin jauh kutinggalkan. Hari-hari kelmarin sudah menjadi sejarah. Kini aku sedang menyusun rutin seperti yang mahu aku rencanakan dengan izin Allah.
Kitab setahun yang lalu hendak ku simpan kini. Pendahuluan tahun yang duka berakhir juga dengan penutup yang duka. Sejarah setahun yang duka menjadi rentetan seolah tidak mahu terhenti. Akan kucabut kisah duka itu. Bukankah kedukaan itu pahit? Pahit itu ubatkah? Ubat yang bisa membuat hati parah atau semakin tabah.
Aku pasrah.. berserah dan reda dengan ketentuanNYA.
2012 aku masih menapak di sini. Sekian lama aku berenang dalam lautan duka. Hati merintih.. hendak ditelan pahit, dibuang sayang. Aku harus bangkit dengan penuh sedar bahawa di hadapanku masih ada jalan berliku. Biar apapun yang datang aku harus berani mengharunginya. Aku perlu sediakan perisai yang kukuh agar diri ini tidak terluka dengan ancaman di hadapan.
Ya Allah, jika ini ujianMu, bantulah aku menghadapinya dengan kekuatan akal dan hati. Berilah aku kewarasan dan kewajaran dalam membuat perhitungan. Pimpinlah aku ke jalan yang benar dan tidak sesat. Ilhamkan benakku dengan taufik dan hidayahMu. Iringi aku dengan panji keimanan. Lindungi aku dengan perisai Ya Rahim Ya Rahman. Sesungguhnya aku menyerahkan diriku ini sepenuhnya kepadaMu, Ya Rabbul alamin. Aminn
Zubiha BBBangi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan