Isnin, Januari 16, 2012

Episod 1

Mama menanda kalendar di atas meja. Hmphhh.. lagi seminggu.  Apa-apapun mama tak buat lagi.  Mata melirik pada skrin komputer di hadapan.  Hari ini mama kena mulakan juga.  Tak boleh berlengah lagi.  Tapi dari mana nak mula?  Timbunan kertas di penjuru meja juga bagai melambai-lambai minta diusik.  Satupun mama belum sentuh lagi.  Lama betul mama bercuti kali ini.  Hari ini baru mula kerja.  Tiada siapa di pejabat.  Alah, mama dah biasa seorang diri.  Sejak azali begitu.  Pejabat ni pun dah memang sunyi.  Teringat cerita Home Alone. Hihihi.. bezanya kali ini mama jadi Office Alone lah pula.  Ciss.. ada ke macam tu punya tajuk? 

Semalam Haji Ramli telah meninggalkan pesanan di telefon mudah alih mama.  Jangan lupa tarikh akhir hantar laporan.  Huhuhu.. macam tahu je mama buat kerja last minute.  Tak mengapa kalau kerja ada aturan, bolehlah dibuat saat-saat akhir pun.  Ini dah tunggang-langgang.  Inilah bahananya kalau lama sangat bercuti.  Dekat manalah dia orang simpan resit ni?  Haa.. tak catat pun rekod aliran tunai.  Urghhh.. siapalah pula sepah-sepahkan alat tulis aku ni? Ishh.. bil yang ni bila bayar? Serabutnya kepala.  Itupun belum tengok dokumen yang masih belum disusun ke dalam fail.  

"Ya Allah, permudahkanlah setiap pekerjaanku. Aminn."

Mama tarik nafas dalam-dalam.  Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, mama ambil sebatang pensel dan sehelai kertas.  Mama tulis semua perkara yang masih belum selesai.  Lepas itu mama mula menyusun mengikut keutamaannya.  Mama tersenyum melihat senarai yang panjang berjela.  Hati mama mula riang kembali.  Hari ini mama akan mula menyusun dokumen-dokumen yang bersepah-sepah.  Mama kemas alat tulis dan stesen kerja mama.  Mama menarik nafas lega melihat suasana yang kembali teratur.

"Alhamdulillah, sekarang aku sudah boleh mula kerja."

*******

Tiada ulasan:

Catat Ulasan