Assalamualaikum w.b.t.h.
Pejam celik, pejam celik, kini Encik Februari muncul kembali. Cepatnya Cik Januari ditinggalkan. Peristiwa penting di bulan Februari ini adalah...jeng..jeng..jeng.. Hehehe.. kita tak mainlah valentine2 ni. Itu bukan budaya orang Islam.
Yang pertamanya pada tahun 2012 ni, Maulud Nabi jatuh pada 5hb Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433 Hijriah. Hari yang mulia ni banyak-banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun tak pernah melihat wajah Rasulullah ni, terasa rindu sungguh dengan baginda s.a.w. Zaman ini amat sukar untuk melihat insan yang memiliki akhlak Rasulullah s.a.w. yang amanah, fathonah, siddiq, tabligh. Jika ada semua tu, pasti aman damailah dunia ni.
Yang keduanya, hihi.. 10th Anniversary hujung minggu ni, 12 Februari 2012. Lantaran kesibukan begitu, begini, sedar-sedar sudah hampir 10 tahun aku bergelar puan-puan ni. Imbasan di balik layar kehidupan pun sedang menyorot jalan kenangan ku. Bila ku putarkan kembali jarum waktu dari saat-saat mula hingga kini, banyak sungguh rintangan untuk membangunkan keluargaku sekarang. Pengorbanan, suka-duka itulah yang mengeratkan kami. Jangkawaktu bukanlah ukuran untuk kita benar-benar mengenali diri pasangan kita. Pelbagai peristiwa yang kadang-kala menjeruk rasa telah mematangkan aku untuk menilai hati-budi seorang lelaki. Yang penting kesabaran dan cuba memahami situasi masing-masing menjadikan aku tabah dan masih gagah menghadapi badai yang mendatang.
Aku bukanlah segagah mana, kadang-kala tumbang juga dek perasaan curiga dan cemburu yang gemar bertandang di lubuk hati ni. Tapi bukankah cemburu tu tandanya SAYANG. Aku cuba untuk menjadi isteri yang understanding dan membahagiakan hati suami. Apa yang aku harapkan bukanlah balasan material darinya. Kadang-kala isteri juga seperti anak-anak kecil yang perlukan sedikit perhatian dari yang tersayang. Memang layak jika seorang isteri merasa cemburu jika suami lebih memberi perhatian terhadap minatnya seperti kereta dan sebagainya. Sedangkan permintaan seorang isteri kurang dihiraukan. Di situ, jika berterusan dibiarkan, isteri akan merasa terabai dan kurang keyakinan diri. Isteri juga perlu bertindak untuk menyedarkan Encik Suami yang kadang-kala leka dengan dunianya.
Bagaimanapun, aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan seorang suami yang dapat menerima aku seadanya aku. Walau banyak kekurangan, di antara kami akan cuba saling melengkapi setiap kekurangan. Kami tidak akan segan untuk menambah ilmu untuk membina keluarga kecil kami. Setiap pertengkaran akan kami akhiri dengan jalan perdamaian. Kerana di hati kami keluarga kecil ini yang sangat disayangi. Sesungguhnya, masih banyak lagi dugaan besar yang menanti di hadapan kami. Kami telah berjaya mengharungi usia sepuluh tahun ini, InsyaAllah akan terus berjaya untuk sepuluh tahun lagi, dan lagi, dan lagi. Semoga rahmat Allah terus memberkati keluarga kecil kami hingga ke hujung nyawa. Aminn.
Zubiha, BBBangi
Pejam celik, pejam celik, kini Encik Februari muncul kembali. Cepatnya Cik Januari ditinggalkan. Peristiwa penting di bulan Februari ini adalah...jeng..jeng..jeng.. Hehehe.. kita tak mainlah valentine2 ni. Itu bukan budaya orang Islam.
Yang pertamanya pada tahun 2012 ni, Maulud Nabi jatuh pada 5hb Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433 Hijriah. Hari yang mulia ni banyak-banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun tak pernah melihat wajah Rasulullah ni, terasa rindu sungguh dengan baginda s.a.w. Zaman ini amat sukar untuk melihat insan yang memiliki akhlak Rasulullah s.a.w. yang amanah, fathonah, siddiq, tabligh. Jika ada semua tu, pasti aman damailah dunia ni.
Yang keduanya, hihi.. 10th Anniversary hujung minggu ni, 12 Februari 2012. Lantaran kesibukan begitu, begini, sedar-sedar sudah hampir 10 tahun aku bergelar puan-puan ni. Imbasan di balik layar kehidupan pun sedang menyorot jalan kenangan ku. Bila ku putarkan kembali jarum waktu dari saat-saat mula hingga kini, banyak sungguh rintangan untuk membangunkan keluargaku sekarang. Pengorbanan, suka-duka itulah yang mengeratkan kami. Jangkawaktu bukanlah ukuran untuk kita benar-benar mengenali diri pasangan kita. Pelbagai peristiwa yang kadang-kala menjeruk rasa telah mematangkan aku untuk menilai hati-budi seorang lelaki. Yang penting kesabaran dan cuba memahami situasi masing-masing menjadikan aku tabah dan masih gagah menghadapi badai yang mendatang.
Aku bukanlah segagah mana, kadang-kala tumbang juga dek perasaan curiga dan cemburu yang gemar bertandang di lubuk hati ni. Tapi bukankah cemburu tu tandanya SAYANG. Aku cuba untuk menjadi isteri yang understanding dan membahagiakan hati suami. Apa yang aku harapkan bukanlah balasan material darinya. Kadang-kala isteri juga seperti anak-anak kecil yang perlukan sedikit perhatian dari yang tersayang. Memang layak jika seorang isteri merasa cemburu jika suami lebih memberi perhatian terhadap minatnya seperti kereta dan sebagainya. Sedangkan permintaan seorang isteri kurang dihiraukan. Di situ, jika berterusan dibiarkan, isteri akan merasa terabai dan kurang keyakinan diri. Isteri juga perlu bertindak untuk menyedarkan Encik Suami yang kadang-kala leka dengan dunianya.
Bagaimanapun, aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan seorang suami yang dapat menerima aku seadanya aku. Walau banyak kekurangan, di antara kami akan cuba saling melengkapi setiap kekurangan. Kami tidak akan segan untuk menambah ilmu untuk membina keluarga kecil kami. Setiap pertengkaran akan kami akhiri dengan jalan perdamaian. Kerana di hati kami keluarga kecil ini yang sangat disayangi. Sesungguhnya, masih banyak lagi dugaan besar yang menanti di hadapan kami. Kami telah berjaya mengharungi usia sepuluh tahun ini, InsyaAllah akan terus berjaya untuk sepuluh tahun lagi, dan lagi, dan lagi. Semoga rahmat Allah terus memberkati keluarga kecil kami hingga ke hujung nyawa. Aminn. Zubiha, BBBangi