Assalamualaikum..
Selalu merasa diri ini kecil.. tidak kira di kalangan siapapun. Badan sahaja yang besar.. tapi hati ini sangat kecil. Rasa mahu menutup diri di sudut paling terpencil.. Ada masanya itulah yang aku rasa.. malah semakin kerap kini. Bagai tiada hati untuk kelihatan di samping insan-insan yang mengenali. Jika boleh dipadam seluruh ingatan tentang diri ini pasti akan aku lakukan.
Sejak dari mula aku mengenal diri dan kehidupan.. tidak pernah aku mencapai impian. Segala cita-citaku akan berkubur setengah jalan. Kadang-kala tak sampai pun setengah.. aku sangat putus asa. Dari segenap pencapaianku.. tidak ada satupun yang memberi erti dan kesan yang terbaik.. Apakah sudah tertulis suratan malang buat diriku? Ya Allah, setiap kali aku muhasabah dengan diri ini.. tidak ada satupun yang kekal sempurna untuk aku senaraikan sebagai pencapaian diriku di dunia. Balik-balik kegagalan yang menyapa.. SOS sana-sini. Aku dah bosan untuk mintak tolong. Aku dah bosan untuk menangis. Hati ni dah kering-kontang. Tiada lagi ihsan waima untuk diri sendiri pun.
Kerana itukah... aku tidak lagi teruja dengan cadangan perojek2 baru.. begitu-begini. Aku tidak lagi teruja untuk memohon posisi yang lebih tinggi. Aku tidak lagi berangan-angan untuk sampai ke bulan-bintang. Aku adalah aku yang kini. Lebih rela menjadi kuli batak dengan gaji yang kecil. Aku tidak lagi melihat masa depan lagi 10 tahun ke 20 tahun. Aku hanya melihat diri aku untuk hari ini dan esok adalah cerita hari esok jika masih ada nafas menyambung hariku.
Bukan aku hendak membandingkan diri ini dengan orang lain. Tapi aku selalu sedar di tahap mana pandangan orang lain akan diri ini. Aku sudah lali dengan pandangan itu. Cuma aku sangat terkilan bila insan yang aku hormati menilai harga diri ini seperti butiran pasir yang tidak bernilai. Pedih bagai dihiris-hiris sembilu. Namun aku diamkan juga. Aku sedar, siapalah aku jika tidak berharta. Jangankan harap belas kasihan, malah dikutuk dan dihina adalah lumrah.
Aku hanya menumpang di sini. Hingga hujung nafas terakhirku. Ya Allah, ampuni aku yang hina ini. Jika lahirnya aku ke dunia adalah beban buat orang lain, Ya Allah, aku mohon diringankan beban mereka yang terpaksa menerima tempias nasib malang diriku. Janganlah Kau tambahkan dosa-dosa mereka dengan kesusahanku. Aku mohon Ya Allah, janganlah dijadikan aku ini ujian yang mengheret mereka ke nerakaMu. Kau kurniakanlah pahala syurgaMu buat mereka yang meringankan bebanku dalam kerelaan ataupun terpaksa. Walaupun aku tahu, tiada satu zarah pun yang mampu digerakkan melainkan dengan izin-Mu. Kerana setiap yang berlaku adalah rahsia dan ketentuanMu. Kaulah yang menggerakkan hati-hati kami. Hanya Engkau yang tahu kesudahannya. Aku hanyalah hambamu yang hina. Sesungguhnya tidak terdaya untuk aku memandang wajah insan-insan yang banyak membantuku tatkala aku kebuntuan, melainkan hanya kepadaMu aku mohon balasan pahala buat mereka. Kau yang Maha Mengetahui setiap isi hati kami, Ya Allah. Ampuni diri ini yang lemah lagi hina. Aamiin Ya Rabalalamin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan