Isnin, Januari 30, 2012

Shine..Shine..Shining All The Way

When I am down and, oh my soul, so weary;
                  When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence;
                     Until you come and sit awhile with me..

You raise me up, so I can stand on mountains;
                          You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
                          You raise me up....
 **********
 To more that I can be.....
**********

Isnin, Januari 16, 2012

Episod 1

Mama menanda kalendar di atas meja. Hmphhh.. lagi seminggu.  Apa-apapun mama tak buat lagi.  Mata melirik pada skrin komputer di hadapan.  Hari ini mama kena mulakan juga.  Tak boleh berlengah lagi.  Tapi dari mana nak mula?  Timbunan kertas di penjuru meja juga bagai melambai-lambai minta diusik.  Satupun mama belum sentuh lagi.  Lama betul mama bercuti kali ini.  Hari ini baru mula kerja.  Tiada siapa di pejabat.  Alah, mama dah biasa seorang diri.  Sejak azali begitu.  Pejabat ni pun dah memang sunyi.  Teringat cerita Home Alone. Hihihi.. bezanya kali ini mama jadi Office Alone lah pula.  Ciss.. ada ke macam tu punya tajuk? 

Semalam Haji Ramli telah meninggalkan pesanan di telefon mudah alih mama.  Jangan lupa tarikh akhir hantar laporan.  Huhuhu.. macam tahu je mama buat kerja last minute.  Tak mengapa kalau kerja ada aturan, bolehlah dibuat saat-saat akhir pun.  Ini dah tunggang-langgang.  Inilah bahananya kalau lama sangat bercuti.  Dekat manalah dia orang simpan resit ni?  Haa.. tak catat pun rekod aliran tunai.  Urghhh.. siapalah pula sepah-sepahkan alat tulis aku ni? Ishh.. bil yang ni bila bayar? Serabutnya kepala.  Itupun belum tengok dokumen yang masih belum disusun ke dalam fail.  

"Ya Allah, permudahkanlah setiap pekerjaanku. Aminn."

Mama tarik nafas dalam-dalam.  Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, mama ambil sebatang pensel dan sehelai kertas.  Mama tulis semua perkara yang masih belum selesai.  Lepas itu mama mula menyusun mengikut keutamaannya.  Mama tersenyum melihat senarai yang panjang berjela.  Hati mama mula riang kembali.  Hari ini mama akan mula menyusun dokumen-dokumen yang bersepah-sepah.  Mama kemas alat tulis dan stesen kerja mama.  Mama menarik nafas lega melihat suasana yang kembali teratur.

"Alhamdulillah, sekarang aku sudah boleh mula kerja."

*******

Jumaat, Januari 13, 2012

Saya pun mahu BAHAGIA..

Assalamualaikum w.b.t.h.

**********

Saya bahagia dengan keluarga saya. 

Saya bahagia melihat anak-anak, suami, ibu, adik-beradik, saudara-mara, rakan dan jiran saya gembira. 
Saya bahagia melayan karenah mereka dalam tangis dan tawa mereka. 
Saya bahagia merawat mereka tika mereka diserang sakit.
Saya bahagia sebagai seorang anak, ibu, isteri dan teman. 
Saya bahagia dengan diri saya. 
Saya bahagia kerana saya dilahirkan sebagai muslimah. 
Saya bahagia kerana saya ada ALLAH. 
Saya sangat-sangat bersyukur kepada ALLAH kerana dikurnia BAHAGIA. 

Doa saya agar saya, ibu dan ayah, suami, anak-anak, adik-beradik, saudara-mara, rakan, jiran serta umat Islam  beroleh BAHAGIA di dunia dan akhirat. 
Aminn.

Zubiha, BBBangi

Rabu, Januari 11, 2012

Tabahlah Hati..

2011 sudah semakin jauh kutinggalkan. Hari-hari kelmarin sudah menjadi sejarah.  Kini aku sedang menyusun rutin seperti yang mahu aku rencanakan dengan izin Allah. 
Kitab setahun yang lalu hendak ku simpan kini. Pendahuluan tahun yang duka berakhir juga dengan penutup yang duka.  Sejarah setahun yang duka menjadi rentetan seolah tidak mahu terhenti.  Akan kucabut kisah duka itu. Bukankah kedukaan itu pahit?  Pahit itu ubatkah? Ubat yang bisa membuat hati parah atau semakin tabah. 
Aku pasrah.. berserah dan reda dengan ketentuanNYA.  
2012 aku masih menapak di sini.  Sekian lama aku berenang dalam lautan duka.  Hati merintih.. hendak ditelan pahit, dibuang sayang.  Aku harus bangkit dengan penuh sedar bahawa di hadapanku masih ada jalan berliku.  Biar apapun yang datang aku harus berani mengharunginya.  Aku perlu sediakan perisai yang kukuh agar diri ini tidak terluka dengan ancaman di hadapan.
Ya Allah, jika ini ujianMu, bantulah aku menghadapinya dengan kekuatan akal dan hati. Berilah aku kewarasan dan kewajaran dalam membuat perhitungan. Pimpinlah aku ke jalan yang benar dan tidak sesat.  Ilhamkan benakku dengan taufik dan hidayahMu. Iringi aku dengan panji keimanan.  Lindungi aku dengan perisai Ya Rahim Ya Rahman.  Sesungguhnya aku menyerahkan diriku ini sepenuhnya kepadaMu, Ya Rabbul alamin. Aminn

Zubiha BBBangi