Fahamilah isyarat mataku..
Kadang-kala terasa hampa..
Kerana bahasa tubuhku tidak diendah sesiapa..
Sering aku enggan..
Tapi bibirku tak mampu ku gerakkan..
Kilas jelingan tidak mampu ditafsir..
Aku hanya mampu menggumam..
Di dalam hati berkata-kata..
Ahh.. kiasanku tidak mampu ditafsirkan..
Berdolak-dalih apakah lagi..
Pabila lidahku kelu untuk menafikan..
Bukan bermakna akulah pesalah..
Kerana aku yakin kebenaran akan terbukti..
Lambat atau cepat masih terucap di waktu igauku..
Berapa banyak pun fakta palsu..
Tak sesekali mampuku patahkan
Kerana aku tak akan betah di sini
Ku yakin di sana tetap dibahaskan dengan seadil-adilnya timbangan
Pabila lidahku kelu untuk menyapa..
Bukannya angkuh di dalam..
Di bibir masih ada secalit senyuman
Ikhlas dari dasar hati..
Cuma akal masih menyusun bait kata
Agar tidak melukakan sesiapa..
Lebih baik diam dari berkata..
Jika kata itu bakal menyentap jiwa
Siapapun tak rela..
Biarlah sapaku menyejuk hati
Sekadar senyuman tanpa kata..
ZUBIHA ~ BBBangi