Assalamualaikum
Bila diri tak punya harta, segala-galanya akan jelas hitam putihnya.
Hmmphhh.. bukan nak terus biarkan diri tenggelam dengan perasaan. Kadang-kala bagus juga kena kutuk-kutuk ni. Sekurang-kurangnya baru boleh sedar diri tu, lagi-lagi orang yang cepat down macam aku ni.
Al-kisahnya...
Hikayat hidup aku selalunya berada di bawah.. 40 tahun usia aku ni, rasa-rasanya 5-6 tahun je yang ditahap sederhana. Kalau boleh dilukiskan graf, bukitnya rendah je. Lebih rendah dari Bukit Belachan kat Ampang tu kot. Yang lainnya tanah pamah atau pun bawah paras laut je.
Orang kata, setiap kali dilanda duka, bawa-bawalah muhasabah diri kita. Aku ni bukan saja muhasabah, muhasarawak, muhaselangor, muhasasah pun dah buat. Tapi rupanya itu semua tak cukup nak merubah dan mencipta atau menjadi pemangkin semangat juang kita. Aku dengar kata pakar motivasi yang kita ni kalau nak berjaya kena maafkan diri kita dan semua orang. Lupakan semua kesalahan dan kekilafan yang lalu. "Forgive then Forget". Buka lembaran yang baru. Jangan diulang cerita-cerita lama yang merosakkan semangat kita. Cari sesuatu yang boleh dijadikan inspirasi. Berzikir dan berdoa memohon bantuan Allah yang Maha Besar lagi Maha Kaya.
Okay, aku cuba turutkan step by step. Alhamdulillah, semangat yang hampir pudar kembali bersinar. Sedikit demi sedikit aura positif tu datang dalam jiwa aku. Aku ni kalau happy memang suka bercerita dengan pencapaian positif yang aku rasa. Rupa-rupanya tak semua orang sama. Ada yang memberi sokongan, tak kurang jugak yang menghentam dan mengutuk. Mengungkit-ungkit kegagalan yang lalu. Malahan tak kurang juga hinaan yang aku dapat.
Ya Allah, betapa susahnya aku nak bangkit. Saban hari aku berfikir. Nak bangun dari katil pun tak ada nafsu. Hina sangatkah aku ni? Sokongan yang aku harapkan, cebikan dan kutukan yang aku dapat. Tak apalah. Korang dah berjaya mematah dan menghancur leburkan hati aku. Aku umpama cengkerik kan.. Cengkerik? Tamsilan untuk diri aku yang aku baru tahu.. hahaha. Sebenar-benarnya, aku pun tak faham. jadi jangan tanya apa kaitannya aku dan cengkerik.
Apa pun, aku nekad. Itulah kali terakhir aku nak berkongsi suka duka aku dengan korang. Biarlah tiada teman yang sudi mendengar lagi. Jangan tanya kenapa tiada lagi berita dariku. Cukuplah sekadar di pinggiran. Aku bukan siapa-siapa lantaran tiada harta, emas segumpal. Jika itu pandangan orang, aku peduli apa.
Oh ya, terima kasih kerana bagi ilham untuk aku menulis puisi Balada Sang Kerikk.. Agaknya itulah aku di mata korang. Cengkerik yang hina.
Sekian, terima kasih.

Sore, Oktober 28
ZUBIHA
Sg Long

Tiada ulasan:
Catat Ulasan