Jumaat, Julai 15, 2011

Tanya Sama Hati..

Tanya sama hati, apa asal benci?
Nanti jawab hati, kerana dengki.
Dengki berpanjangan, hasad berlarutan..
Pantang bertemuan nak bercakaran..

Huhuhu.. kalau hidup penuh hasad dengki, bagaimanalah nak rasa aman harmoni? Benarlah penyakit hati ni kalau dibiarkan akan jadi virus barah yang sangat merbahaya. Cepat sungguh menular ke daerah yang lain, bukan sahaja hati, jantung, limpa, paru-paru, buah piggang malahan otak juga akan diserang virus dari hati yang berpenyakit itu.

Pingat/Profesor Hasad Dengki (PHD) ni tak payah masuk universiti, mengaji sampai ke tahap doktor falsafah.  PHD ni siapa-siapa pun boleh hadap.  Tak perlu raja atau agong bagi pingat pun boleh dapat PHD.  Berbalik kepada diri sendiri, perlu tak kita ada PHD dalam diri kita? Seronok ke ada PHD ni?

Siapapun kita, mengapa perlu ada benci sesama insan? Siapalah kita untuk menghukum dan menjatuhkan hukum tanpa pengadilan.  Bukanlah kita yang sangat arif untuk menentukan dosa dan pahala. Sayangilah saudara kita seperti mana kita menyayangi diri sendiri.  Dunia hanya persinggahan. Apalah sangat nikmat kekayaan, kuasa dan pangkat jika kita saling menindas dan menjatuhkan sesama kita. 


Berbalah-balah, berpecah-belah, menjerit-jerit, memekik-melolong, emosi yang melampau menunjukkan jiwa kacau.  Hati mencari jalan menabur fitnah, melaga-lagakan sesama saudara, membuka pekung saudara-saudari, membuka keaiban sendiri dengan gembiranya kerana akal sudah rosak.  Semakin lama makin membinasa, dengan sedar atau tanpa sedar.  Semuanya kerana penyakit hati yang diserang virus PHD. Pakar perubatan masih belum berjumpa penawarnya.  Pabila virus telah menyerang darah-dagingnya, maka penghujungnya kembali kepada Yang Maha Pencipta.  Siapa yang benar, siapa yang salah? Tanyalah kepada Allah kerana Dia Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui. ^~^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan