Hari-hari terakhir bulan Mac... hujan di sana-sini.
Musim cuti sekolah baru berakhir. Ramai yang mengikat janji mahligai syahdu dari seawal musim cuti ini. Ada undangan yang tak dapat dipenuhi oleh kerana kepadatan jadual.
Situasi cuaca yang tidak menentu, ramai yang jatuh sakit terutama anak-anak kecil. Bencana alam yang sungguh hebat melanda bumi matahari terbit menggemparkan dunia pada pertengahan Mac. Sana-sini menjadi gelisah dengan kebocoran reaktor nuklear Fukushima. Bimbang dengan pendedahan radiasi dari kebocoran nuklear menular sampai ke tanah air ini.
Mac yang penuh cerita di sana-sini. Terdengar angin dari wilayah utara berbisik, hujan yang mencurah-curah saban hari hampir menenggelamkan beberapa kawasan. Khabar dari timur jua menyiarkan laut bergelora membadai di persisiran.
Di sana-sini, kita masih mengejar hari siang agar jangan sampai ke malam. Apakah masih belum cukup persediaan?
Kita bakal meninggalkan Mac yang sendu, adakah April yang menanti seindah pelangi, berseri seindah mentari pagi.. akan ku tunggu khabar itu dan menjadi doaku agar makmur dan sejahtera segala-galanya. Amin. :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan